BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, January 12, 2011

Zaman Gelap-Ciri-ciri

Maksud "Zaman Gelap" ialah zaman masyarakat Eropah menghadapi kemunduran intelek dan kelembapan ilmu pengetahuan. Tempoh zaman ini selama 600 tahun, dan bermula antara zaman kejatuhan Kerajaan Rom(365 SM) dan berakhir dengan kebangkitan intelektual pada abad ke-15 Masihi.

Ciri-Ciri
1. Tiada pentadbiran pusat yang berkesan.
2. Kemusnahan kuasa pusat kerana tidak dapat mentadbir wilayah-wilayah.
3. Kemunculan Baron (golongan Tuan Tanah)-berkuasa di wilayah yang diduduki.
4. Petani terpaksa membayar cukai kepada Tuan Tanah untuk mendapatkan perlindungan
keselamatan daripada Tuan Tanah.
5. Petani yang tidak mampu membayar cukai-menyerahkan tanah mereka kepada tuan tanah
dan menjadi hamba.
6. Tuan tanah mendapat perlindungan daripada golongan raja dan sebagai tukaran golongan tuan
tanah dikehendaki memberikan khidmat atau membayar cukai kepada raja.
7. Institusi gereja amat berkuasa dengan memiliki harta yang banyak.
8. Kegiatan perdagangan tidak meluas dan sering diganggu oleh serangan orang gasar seperti
Viking dan Magyar.
9. Kegiatan perdagangan ke Timur Jauh tidak dapat dijalankan kerana tidak berupaya
menyaingi penguasaan orang Islam di Mediterranean.
10. Perniagaan barangan pertanian dikendalikan menerusi sistem tukaran barang kerana
penggunaan matawang terhad.
11. Mereka terpaksa menumpukan kegiatan ekonomi mereka kepada sektor pertanian.

0 comments:

Anda juga mungkin nak lihat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my blogz