BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, April 5, 2012

RPH Bahasa Melayu

Penulisan RPH Bahasa Melayu


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
MATA PELAJARAN : BAHASA MELAYU
TAHUN : 2 MUSYTARI
BIL.MURID : 30 ORANG
TARIKH : 9 MAC 2011
MASA : 60 MINIT (8.00-9.00)
TEMA : BUAH-BUAHAN
TAJUK : JUS BUAH-BUAHAN
FOKUS UTAMA:
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.
Aras 2 (i)
Membaca pelbagai jenis ayat dengan memberi penekaan pada intonasi berdasarkan tanda baca.
FOKUS SAMPINGAN:
9.1 Mengambil imlak teks yang diperdengarkan.
Aras 1 (i)
Mengeja dan menulis perkataan dan ayat yang diperdengarkan.
OBJEKTIF
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat:
1. membaca teks dialog “Kisah Buah-buahan” dengan menggunakan nada dan intonasi
berdasarkan tanda baca yang betul.
2. mengeja dan menulis nama buah-buahan yang diperdengarkan.
SISTEM BAHASA
1. Tatabahasa : ayat tanya, ayat penyata.
2. Kosa kata :rebusan, peredaran, sari dan kolesterol.
3. Ejaan : Imlak.
PENGISIAN KURIKULUM
1. Ilmu : Sains, Kajian Tempatan.
2. Nilai : Kesyukuran, berani
KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH
1. BCB (Perbincangan kumpulan, kemahiran membaca, kemahiran menulis, kemahiran
mencatat nota).
2. Kemahiran berfikir (peta minda)
ALAT BANTU MENGAJAR
1. Video “Lagu Buah-buahan”
2. Komputer
3. LCD
4. Lagu “Buah-buahan”.
5. Artikel “Khasiat Jus Buah-buahan”.
6. Teks dialog “Kisah Buah-buahan”.
PENGETAHUAN SEDIA ADA
- Murid-murid belajar tentang jenis-jenis ayat.
- Murid boleh menamakan beberapa jenis buah-buahan.
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN
Tayangan video “Lagu Buah-buahan”
- Buah-buahan tempatan.
Set induksi (5 minit) :
- Murid menonton video “Lagu Buah-buahan”.
- Murid menyanyi sambil mencatat
- Murid bersoal jawab dengan guru tentang buah-buahan kegemaran mereka berdasarkan tajuk pengajaran hari ini.
KBT
- Kecerdasan Pelbagai
Muzik.
ABM
- Video “Lagu Buah-buahan”.
- Komputer.
- LCD.
ILMU
- Kajian tempatan
Membaca artikel “Khasiat Jus Buah-buahan” dan teks dialog “Kisah Buah-buahan”.
Mencatat isi penting:
- Ciri buah-buahan.
- Khasiat buah-buahan.
Langkah 1 (25 minit)
- Murid diberikan sebuah artikel “Khasiat Jus Buah-buahan”
- Beberapa orang murid diminta untuk membaca artikel dengan kuat.
- Murid berbincang dengan guru tentang khasiat jus buah-buahan dan mensyukuri nikmat buah-buahan yang ada dalam negara kita.
- Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan akan diberikan sebuah teks dialog mengenai “Kisah Buah-buahan”.
- Murid diberikan masa 3 minit untuk membaca dialog secara skimming di dalam kumpulan masing-masing terlebih dahulu.
- Beberapa kumpulan diminta untuk membaca dialog secara scanning yang diberikan.
- Murid diminta mencatat isi penting tentang ciri-ciri dan khasiat buah-buahan yang terdapat dalam teks.
KBT
- Belajar Cara Belajar -kemahiran membaca dan kemahiran mencatat nota.
ABM
- Teks dialog “Kisah Buah-buahan.
Nilai
- Kesyukuran.
- Berani.
ILMU
- Sains.
- Kajian Tempatan.
Membuat peta minda.
- Ciri-ciri buah tembikai dan durian.
- Khasiat buah durian dan tembikai.
Langkah 2 (15 minit):
Aktiviti 1
- Dalam kumpulan murid diminta untuk membuat peta minda berdasarkan isi penting yang telah dicatatkan.
- Setiap kumpulan dipanggil kehadapan untuk membentangkan peta minda yang telah dibuat.
Aktiviti 2
- Setiap kumpulan diminta menyenaraikan ayat tanya dan ayat tunggal yang terdapat di dalam teks dialog “Kisah Buah-buahan”.
- Beberapa orang murid dipanggil untuk menulis ayat tunggal dan ayat tanya yang disenraikan di papan tulis.
KBT
- Belajar cara belajar (perbincangan kumpulan).
- Kemahiran berfikir (alat berfikir-peta minda).
- Kecerdasan Pelbagai-Interpersonal.
ABM
- Lembaran kertas.
Mengambil imlak nama buah-buahan yang diperdengarkan:
- - Pisang
- Manggis
- - Duiran
Langkah 3 (10 minit)
- Murid bermain permainan “Dengar Tulis”
- Murid dibahagikan kepada 5 orang satu kumpulan.
- Guru memainkan lagu “Buah-buahan.
- Murid dikehendaki menyenaraikan buah-buahan yang terdapat dalam lagu.
- Setelah lagu dihentikan, guru meminta seorang murid dari setiap kumpulan menulis senarai buah-buahan yang terdapat di dalam lagu.
- Kumpulan yang dapat menyenaraikan buah-buahan yang paling banyak dan menulis nama buah-buahan dengan ejaan yang betul memenangi pertandingan.
KBT
- Kecerdasan pelbagai-muzik.
ABM
- Lagu “Buah-buahan”.
- Komputer (sumber muzik)
Penutup
- Membuat rumusan isi pelajaran.
- Memberi pujian dan motivasi.
Penutup (5 minit)
- Guru menyoal murid tentang apa yang telah dipelajari.
- Guru membuat rumusan tentang isi pelajaran.
- Murid bertepuk tangan kerana telah berjaya mempelajari isi pelajaran pada hari tersebut.


Anda juga mungkin nak lihat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my blogz