BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, November 15, 2010

Pembinaan Negara Bangsa

Negara merujuk kepada satu unit politik yang mempunyai penduduk yang menetap di sesuatu kawasan atau wilayah dengan memiliki sempadan yang ditandai dengan jelas. Penduduk pula diperintah oleh sebuah kerajaan yang mempunyai kedaulatan dan diakui sah pemerintahannya serta berkuasa untuk menggubal dan melaksanakan undang-undang serta peraturan yang dipatuhi oleh rakyatnya.

-Definisi Negara-

1. R. H. Soltao (1977)
Negara adalah satu jentera atau agensi yang memiliki kuasa tertentu bagi mengurus dan mentadbir hal ehwal rakyat bagi pihak rakyat.

2. Miriam Budiardjo (1981)
Negara adalah satu sistem politik yang mengandungi penduduk di dalam sesebuah wilayah yang ditadbir oleh pihak tertentu.

3. Robert A. Dahl (1983)
Sistem politik yang ditegakkan oleh rakyat sesebuah wilayah dan mempunyai kerajaan yang mentadbir wilayah tersebut.

4. K. Ramathan (1992)

Sekumpulan manusia yang menduduki sesebuah wilayah yang tetap di bawah penyelenggaraan sebuah kerajaan dan tidak tertakluk kepada kuasa luar. Negara perlu mempunyai rakyat dan kerajaan bagi menepati maksudnya.

5. Geoffrey K. Robert (1967)
Menjelaskan sesebuah negara itu perlu mempunyai wilayah tertentu, penduduk dan pemerintah.



-Konsep Pembinaan Negara Bangsa-


Konsep Bangsa

1. Merujuk kepada kumpulan anggota masyarakat yang mendiami satu ruang wilayah yang mempunyai sempadan dan satu kerajaan yang sama serta mentaati satu undang-undang yang sama.
2. Unsur politik memainkan peranan yang penting kerana setiap anggota di dalam bangsa itu terikat oleh satu sistem perundangan yang sama serta mempunyai hak dan tanggungjawab yang selaras.
3. Kesimpulannya, bangsa boleh merangkumi beberapa kumpulan ras atau etnik yang disatukan di bawah satu sistem pemerintahan dan perundangan serta mempunyai tanggungjawab yang sama untuk mematuhi perlembagaan bangsa itu.

Konsep Negara Bangsa

1. Merujuk kepada sebuah negara yang berdaulat dengan rakyatnya hidup bersatu padu tanpa dipisahkan oleh ikatan primordial yang sempit seperti kaum, keturunan, agama, bahasa, budaya dan sebagainya yang boleh membawa kepada perpecahan.
2. Rakyat di negara itu mempunyai keyakinan serta kepercayaan yang tinggi kepada sistem pemerintahan dan undang-undang yang dilaksanakan.
3. Pembentukkan satu negara bangsa dianggap penting dan menjadi prasyarat kepada kemajuan sesebuah negara.
4. Beberapa istilah seperti Perpaduan negara, keharmonian, tolak ansur perlu difahami dan diterapkan ke dalam amalan dan kehidupan rakyat.

0 comments:

Anda juga mungkin nak lihat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my blogz