BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, January 8, 2011

CINTA YANG AGUNG (Kahlil Gibran)


Adalah ketika kamu menitikkan air mata
dan masih peduli terhadapnya.....
Adalah ketika dia tidak mempedulikanmu dan kamu masih menunggunya dengan setia..

Adalah ketika dia mulai mencintai orang lain
dan kamu masih bisa tersenyum sembari berkata "aku
turut berbahagia untukmu....."

Apabila cinta tidak berhasil
Bebaskan dirimu…
Biarkan hatimu kembali melebarkan sayapnya
dan terbang ke alam bebas lagi..
Ingatlah…bahwa kamu mungkin menemukan cinta dan
kehilangannya..

Tapi..ketika cinta itu mati..
kamu tidak perlu mati bersamanya

Orang terkuat bukan mereka yang selalu
menang..melainkan mereka yang tetap tegar ketika
mereka jatuh....

Wednesday, January 5, 2011

TAMADUN -Pengertian dan Ciri

1.Tamadun berasal dari perkataan Arab-

  • maddana
  • mudun
  • madain
maksudnya- pembukaan bandar atau masyarakat yang mempunyai kemajuan dari segi lahiriah
dan rohaniah.

Istilah-istilah lain:

  1. umran
  2. hadarah
  3. madaniyah
Dalam bahasa Inggeris, istilah yang hampir sama dengan tamadun ialah (culture/civilaization) atau kebudayaan dalam bahasa Melayu. Perkataan civilization dalam bahasa inggeris berasal dari bahasa Greek civitas yang bermaksud bandar.

CIRI-CIRI TAMADUN

  1. Mempunyai agama dan kepercayaan
  2. Negara yang tersusun rapi.
  3. Sistem undang-undang
  4. Kehidupan bandar.
  5. Bahasa dan sistem tulisan yang maju.
  6. Bentuk-bentuk kesenian dan senibina yang istimewa.

Monday, November 15, 2010

STRATEGI PELAKSANAAN DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Strategi Pelaksanaan

Beberapa strategi telah digubal untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan yang telah ditetapkan seperti berikut:

(a) Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama.
(b) Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis
sekolah.
(c) Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua.
(d) Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan.
(e) Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan yang
menyeluruh, seimbang dan bersepadu.
(f) Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun.
(g) Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan
peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan yang kurang
bernasib baik dan kawasan luar bandar atau pendalaman.
(h) Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
yang berasaskan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira pada tahun 1983 yang
menjurus kepada kurikulum bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989.
Matlamat utama kurikulum baru ini adalah untuk melahirkan individu yang
seimbang dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dan mempunyai
moral serta nilai etika yang kukuh.

(i) Memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik melalui
penyusunan semula kurikulum Sekolah Vokasional pada tahun 1978.
(j) Mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di peringkat universiti
terutama dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan.

(k) Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin.

(l) Menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran yang
wajib diajar di sekolah-sekolah dan memberi peluang yang sempuma bagi
pembelajaran bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.

(m) Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang memupuk disiplin,
seperti pasukan-pasukan kadet tentera, kadet polis, pengakap, puteri Islam dan
lain-lain.

Pembinaan Negara Bangsa

Negara merujuk kepada satu unit politik yang mempunyai penduduk yang menetap di sesuatu kawasan atau wilayah dengan memiliki sempadan yang ditandai dengan jelas. Penduduk pula diperintah oleh sebuah kerajaan yang mempunyai kedaulatan dan diakui sah pemerintahannya serta berkuasa untuk menggubal dan melaksanakan undang-undang serta peraturan yang dipatuhi oleh rakyatnya.

-Definisi Negara-

1. R. H. Soltao (1977)
Negara adalah satu jentera atau agensi yang memiliki kuasa tertentu bagi mengurus dan mentadbir hal ehwal rakyat bagi pihak rakyat.

2. Miriam Budiardjo (1981)
Negara adalah satu sistem politik yang mengandungi penduduk di dalam sesebuah wilayah yang ditadbir oleh pihak tertentu.

3. Robert A. Dahl (1983)
Sistem politik yang ditegakkan oleh rakyat sesebuah wilayah dan mempunyai kerajaan yang mentadbir wilayah tersebut.

4. K. Ramathan (1992)

Sekumpulan manusia yang menduduki sesebuah wilayah yang tetap di bawah penyelenggaraan sebuah kerajaan dan tidak tertakluk kepada kuasa luar. Negara perlu mempunyai rakyat dan kerajaan bagi menepati maksudnya.

5. Geoffrey K. Robert (1967)
Menjelaskan sesebuah negara itu perlu mempunyai wilayah tertentu, penduduk dan pemerintah.



-Konsep Pembinaan Negara Bangsa-


Konsep Bangsa

1. Merujuk kepada kumpulan anggota masyarakat yang mendiami satu ruang wilayah yang mempunyai sempadan dan satu kerajaan yang sama serta mentaati satu undang-undang yang sama.
2. Unsur politik memainkan peranan yang penting kerana setiap anggota di dalam bangsa itu terikat oleh satu sistem perundangan yang sama serta mempunyai hak dan tanggungjawab yang selaras.
3. Kesimpulannya, bangsa boleh merangkumi beberapa kumpulan ras atau etnik yang disatukan di bawah satu sistem pemerintahan dan perundangan serta mempunyai tanggungjawab yang sama untuk mematuhi perlembagaan bangsa itu.

Konsep Negara Bangsa

1. Merujuk kepada sebuah negara yang berdaulat dengan rakyatnya hidup bersatu padu tanpa dipisahkan oleh ikatan primordial yang sempit seperti kaum, keturunan, agama, bahasa, budaya dan sebagainya yang boleh membawa kepada perpecahan.
2. Rakyat di negara itu mempunyai keyakinan serta kepercayaan yang tinggi kepada sistem pemerintahan dan undang-undang yang dilaksanakan.
3. Pembentukkan satu negara bangsa dianggap penting dan menjadi prasyarat kepada kemajuan sesebuah negara.
4. Beberapa istilah seperti Perpaduan negara, keharmonian, tolak ansur perlu difahami dan diterapkan ke dalam amalan dan kehidupan rakyat.

Sunday, November 7, 2010

Asimilasi dan Akulturasi

Asimilasi

Asimilasi merupakan satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama.

Vander Zanden (seorang ahli sosiologi), asimilasi ialah satu proses dalam mana kelompok-kelompok yang berfikir, berperasaan dan bertindak secara berlainan, menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama.

Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti.

Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat antara ahli kumpulan etnik berbeza budaya bagi suatu tempoh yang lama. kejayaan asimilasi umumnya bergantung kepada kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti kumpulan etnik majoriti; terdapt banyak persamaan budaya antara kumpulan etnik; dan kesanggupan kumpulan etnik majoriti menerima kumpulan etnik minoriti.

Akulturasi

Akulturasi merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza.

Akulturasi terjadi apabila satu kelompok manusia dengan kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri. Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat penerima.

Perbezaan Konsep Perpaduan dan Integrasi Nasional

Perpaduan Negara

Satu keadaan di mana rakyat dari pelbagai kumpulan etnik, agama dan wilayah, hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang bersatu dengan memberi komitmen yang penuh kepada identiti kebangsaaan berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.


Integrasi Nasional

Satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat negeri-negeri dalam Malaysia khususnya di antara negeri-negeri di Semenanjung dengan Negeri Sabah dan Sarawak, untuk membentuk satu Bangsa Malaysia yang mempunyai identitinya sendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

Sosialisasi

Sosialisasi diertikan sebagai sebuah proses seumur hidup bagaimana seorang individu mempelajari kebiasaan-kebiasaan yang meliputi cara-cara hidup, nilai-nilai, dan norma-norma social yang terdapat dalam masyarakat agar dapat diterima oleh masyarakatnya. Berikut pengertian sosialisasi menurut para ahli

1. Soerjono Soekanto

Sosialisasi adalah proses menyampaikan kebudayaan kepada warga masyarakat yang baru.


2. Charlotte Bühler

Sosialisasi adalah proses yang membantu individu-individu belajar dan menyesuaikan diri, bagaimana cara hidup, dan berfikir kelompoknya agar ia dapat berperanan dan berfungsi dengan kelompoknya.

3. Peter Berger

Sosialisasi adalah suatu proses di mana seseorang menghayati serta memahami norma-norma dalam masyarakat tempat tinggalnya sehingga akan membentuk kepribadiannya.

Anda juga mungkin nak lihat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my blogz