
Barangsiapa yang telah menanam jasa, satu saat kelak dia akan beroleh hasil dari jasanya itu. Kemuliaan akan menjadi pengiringnya ke mana pun dia pergi. Kalau orang yang sama hidup dengan dia melupakan, namun setelah matinya orang yang kemudian akan membongkar kemuliaan itu kembali dan menyatakannya ke muka khalayak. Orang yang berjasa tidak boleh gamang dan kecewa jika di masa hidupnya dilupakan orang. Orang tidak boleh menyesal jika tinggal di sebuah gubuk yang buruk. Tidak boleh kecewa jika makan minumnya dan pakaiannya tidak semewah orang lain. Sebab kelak buah tangannya akan menjadi modal kemajuan angkatan yang akan datang.
Thursday, September 23, 2010
Jasa
Posted by Raudah Saidin at 9:03 PM 0 comments
Wednesday, September 22, 2010
PERIBADI

SEORANG BUDIMAN
Perangainya halus, hatinya suci, sikapnya jujur, perkataannya teratur dan budinya mulia. Kelakuannya baik, mukanya jernih, sebab dia memandang hidup dengan penuh pengharapan dan tidak pernah putus asa. Apa yang diyakininya, itulah yang dikatakannya, dan apa yang dikatakannya itulah yang diyakininya.
Maka kita ambillah kesimpulan, bahawa dia seorang budiman.
SEORANG CERDAS
Dia cerdas, akalnya tajam, buah fikirannya baik, dan iapun cepat mengambil kesimpulan; terang otaknya, luas pandangannya dan jauh tiliknya.
ORANG MASYARAKAT
Dia suka bergaul, suka menolong, tidak menyisih dari masyarakat, tidak memikirkan kepentingan dirinya sendiri atau keluarganya sahaja, tidak gila pangkat; mengerti akan kedudukan orang lain dan merasa dirinya turut dalam kedudukan itu. Hormat kepada orang tua, kasih kepada orang muda, pandai bergaul, pandai berkawan.
ORANG SIHAT
Badannya sihat, mukanya berseri-seri kerana kesihatan tubuh dan kesihatan jiwanya. Pakaiannyapun bersih kerana kebersihan hatinya. Dia gemar akan olah-raga untuk kesihatan tubuh dan dia suka muzik untuk kesihatan batin.
ORANG CERDIK-PANDAI
Fahamanya luas, penyelidikannya dalam, bacanya banyak. Sebab itu banyaklah yang diketahuinya, sehingga dia tidak merasa canggung dalam pergaulan dengan segala lapisan. Oleh kerana pengetahuannya dalam sesuatu hal, maka dia berani bertanggungjawab.
Posted by Raudah Saidin at 5:18 AM 0 comments
Saturday, September 4, 2010
Kekasih

Akan ku pintal buih-buih
menjadi tali
mengikatmu.
akan ku anyam gelombang-gelombang
menjadi hamparan
ranjang tidurmu
akan ku tenun awan-gemawan
menjadi selendang
menudungi rambutmu
akan ku jahit bayu gunung
menjadi baju
pakaian malammu
akan ku petik bintang timur
menjadi kerongsang
menyinari dadamu
akan ku jolok bulan gerhana
menjadilampu
mnyuluhi rindu
akan ku rebahkan matari
menjadi laut malammu
menghirup sakar madumu
kekasih, hitunglah mimpi
yang membunuh realiti
dengan syurga ilusi
(Usman Awang)
Posted by Raudah Saidin at 2:54 AM 0 comments
Friday, September 3, 2010

hatiku riang sangat sebab dpt balik umah...
haha...sukenyer....kepada semua
Selamat Menyambut Hari Raye Aidilfitri
dan dengan hati tulus ikhlas dan suci ini saye nak mintak maaf zahir batin
kalu ada tersilap kata or terkasar bahasa....
Posted by Raudah Saidin at 2:30 AM 0 comments
Wednesday, September 1, 2010

Aku simpan cintaku sehingga engkau menderita karena sikapku
Mereka mencelamu dan celaan mereka adalah aniaya
Musuh-musuhmu menghasut
Engkau mencintai dan telah menjadi bahan gunjingan
Tak ada manfaatnya menyimpan cinta
Engkau bagai harimau betina yang mati kepayahan
Pada bekas tapak Hindun atau bagaikan bibir yang sakit
Aku menjauhi kekasih karena takut dosa
Padahal menjauhi kekasih adalah dosa
Rasakanlah bagaimana (rasanya) menjauhi kekasih yang kau sangka
Bahwa itu tindakan bijaksana padahal mungkin itu bohong.
(Sebuah syair dari Ubaidillah bin Abdullah bin Utbah bin Mas’ud)
Posted by Raudah Saidin at 6:34 PM 0 comments

