ISI PELAJARAN
|
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
|
CATATAN
|
Tayangan video “Lagu Buah-buahan”
- Buah-buahan tempatan.
|
Set induksi (5 minit) :
- Murid menonton video “Lagu Buah-buahan”.
- Murid menyanyi sambil mencatat
- Murid bersoal jawab dengan guru tentang buah-buahan kegemaran mereka berdasarkan tajuk pengajaran hari ini.
|
KBT
- Kecerdasan Pelbagai
Muzik.
ABM
- Video “Lagu Buah-buahan”.
- Komputer.
- LCD.
ILMU
- Kajian tempatan
|
Membaca artikel “Khasiat Jus Buah-buahan” dan teks dialog “Kisah Buah-buahan”.
Mencatat isi penting:
- Ciri buah-buahan.
- Khasiat buah-buahan.
|
Langkah 1 (25 minit)
- Murid diberikan sebuah artikel “Khasiat Jus Buah-buahan”
- Beberapa orang murid diminta untuk membaca artikel dengan kuat.
- Murid berbincang dengan guru tentang khasiat jus buah-buahan dan mensyukuri nikmat buah-buahan yang ada dalam negara kita.
- Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan akan diberikan sebuah teks dialog mengenai “Kisah Buah-buahan”.
- Murid diberikan masa 3 minit untuk membaca dialog secara skimming di dalam kumpulan masing-masing terlebih dahulu.
- Beberapa kumpulan diminta untuk membaca dialog secara scanning yang diberikan.
- Murid diminta mencatat isi penting tentang ciri-ciri dan khasiat buah-buahan yang terdapat dalam teks.
|
KBT
- Belajar Cara Belajar -kemahiran membaca dan kemahiran mencatat nota.
ABM
- Teks dialog “Kisah Buah-buahan.
Nilai
- Kesyukuran.
- Berani.
ILMU
- Sains.
- Kajian Tempatan.
|
Membuat peta minda.
- Ciri-ciri buah tembikai dan durian.
- Khasiat buah durian dan tembikai.
|
Langkah 2 (15 minit):
Aktiviti 1
- Dalam kumpulan murid diminta untuk membuat peta minda berdasarkan isi penting yang telah dicatatkan.
- Setiap kumpulan dipanggil kehadapan untuk membentangkan peta minda yang telah dibuat.
Aktiviti 2
- Setiap kumpulan diminta menyenaraikan ayat tanya dan ayat tunggal yang terdapat di dalam teks dialog “Kisah Buah-buahan”.
- Beberapa orang murid dipanggil untuk menulis ayat tunggal dan ayat tanya yang disenraikan di papan tulis.
|
KBT
- Belajar cara belajar (perbincangan kumpulan).
- Kemahiran berfikir (alat berfikir-peta minda).
- Kecerdasan Pelbagai-Interpersonal.
ABM
- Lembaran kertas.
|
Mengambil imlak nama buah-buahan yang diperdengarkan:
- - Pisang
- Manggis
- - Duiran
|
Langkah 3 (10 minit)
- Murid bermain permainan “Dengar Tulis”
- Murid dibahagikan kepada 5 orang satu kumpulan.
- Guru memainkan lagu “Buah-buahan.
- Murid dikehendaki menyenaraikan buah-buahan yang terdapat dalam lagu.
- Setelah lagu dihentikan, guru meminta seorang murid dari setiap kumpulan menulis senarai buah-buahan yang terdapat di dalam lagu.
- Kumpulan yang dapat menyenaraikan buah-buahan yang paling banyak dan menulis nama buah-buahan dengan ejaan yang betul memenangi pertandingan.
|
KBT
- Kecerdasan pelbagai-muzik.
ABM
- Lagu “Buah-buahan”.
- Komputer (sumber muzik)
|
Penutup
- Membuat rumusan isi pelajaran.
- Memberi pujian dan motivasi.
|
Penutup (5 minit)
- Guru menyoal murid tentang apa yang telah dipelajari.
- Guru membuat rumusan tentang isi pelajaran.
- Murid bertepuk tangan kerana telah berjaya mempelajari isi pelajaran pada hari tersebut.
|
Thursday, April 5, 2012
RPH Bahasa Melayu
Posted by Raudah Saidin at 5:59 PM 0 comments
Sunday, February 13, 2011
Qin Shi Huang
Dikenali dengan nama Qin Shi Huang @ Shih Huang Di. Nama peribadi Yíng Zhèng, raja Negeri Qin (Raja Qin) 247SM-221 SM (masih dibawah dinasti Zhou). Beliau kemudiannya menjadi maharaja pertama China yang disatukan iaitu mulai dari 221 SM hingga 210 SM. Memerintah dengan gelaran Maharaja Pertama (Shǐ Huáng Dì). Sebagai pemerintah Qin Besar, baginda dikenali kerana memperkenalkan Legalisme dan juga menyatukan China.
Qin Shi Huang merupakan tokoh yang penuh kontroversi dalam sejarah China. Setelah menyatukan China, baginda dan Li Si (ketua penasihat) meluluskan beberapa pembaharuan besar yang bertujuan mengeratkan perpaduan, beberapa projek gergasi telah mereka jalankan-versi pelopor bagi Tembok Besar China masa kini, iaitu sebuah makam bersaiz kota yang dijaga oleh patung-patung Tentera Terracotta yang bersaiz manusia, dan sebuah sistem jalanraya kebangsaan besar-besaran, yang mengorbankan ramai nyawa manusia.
Sebagai langkah memastikan kestabilan, baginda mengharamkan Konfusianisme dan mengebumikan ramai pengikut ajaran itu hidup-hidup, mengharamkan dan membakar semua buku selain yang didekrikan secara rasmi.
Sungguhpun pemerintahan autokratik aginda yang begitu zalim, namun Qin Shi Huang masih dianggap oleh ramai pada masa kini sebagai seorang tokoh penting dalam sejarah China kerana penyatuan China telah bertahan selama lebih 2,000 tahun.
Posted by Raudah Saidin at 7:42 AM 0 comments