BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, February 13, 2011

Qin Shi Huang


Dikenali dengan nama Qin Shi Huang @ Shih Huang Di. Nama peribadi Yíng Zhèng, raja Negeri Qin (Raja Qin) 247SM-221 SM (masih dibawah dinasti Zhou). Beliau kemudiannya menjadi maharaja pertama China yang disatukan iaitu mulai dari 221 SM hingga 210 SM. Memerintah dengan gelaran Maharaja Pertama (Shǐ Huáng Dì). Sebagai pemerintah Qin Besar, baginda dikenali kerana memperkenalkan Legalisme dan juga menyatukan China.



Qin Shi Huang merupakan tokoh yang penuh kontroversi dalam sejarah China. Setelah menyatukan China, baginda dan Li Si (ketua penasihat) meluluskan beberapa pembaharuan besar yang bertujuan mengeratkan perpaduan, beberapa projek gergasi telah mereka jalankan-versi pelopor bagi Tembok Besar China masa kini, iaitu sebuah makam bersaiz kota yang dijaga oleh patung-patung Tentera Terracotta yang bersaiz manusia, dan sebuah sistem jalanraya kebangsaan besar-besaran, yang mengorbankan ramai nyawa manusia.

Sebagai langkah memastikan kestabilan, baginda mengharamkan Konfusianisme dan mengebumikan ramai pengikut ajaran itu hidup-hidup, mengharamkan dan membakar semua buku selain yang didekrikan secara rasmi.

Sungguhpun pemerintahan autokratik aginda yang begitu zalim, namun Qin Shi Huang masih dianggap oleh ramai pada masa kini sebagai seorang tokoh penting dalam sejarah China kerana penyatuan China telah bertahan selama lebih 2,000 tahun.

Anda juga mungkin nak lihat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my blogz